Piagam Pelanggan

Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

 

KAMI WARGA PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

1. Memastikan semua pelanggan dilayan dalam 30 minit pertama;

2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan memastikan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan;

3. Memastikan permohonan pertukaran murid warga negara yang memenuhi syarat diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 hari bekerja;

4. Memastikan pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diluluskan;

5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada hari keputusan dikeluarkan;

6. Memastikan kelulusan permohonan bersekolah semula yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja;

7. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari selepas dokumen lengkap diterima;

8. Memastikan setiap laporan kerosakan di sekolah diambil tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima aduan.

FaLang translation system by Faboba